Tuesday, March 30, 2010

Jangan Jadi Hypocrite

Entry kali ni lebih kepada memberi kesedaran kepada orang yang sangat HYPOCRITE. Danny paling benci orang yang suka mengata kawan-kawan dari belakang. Pandai berpura-pura, depan kita pijak semut x mati, tapi dibelakang kita asyik mengata kita. Orang jenis macam ni tidak boleh dibuat kawan. Kalau dia memerlukan sesuatu, memang manis mulut. gula pon tidak semanis itu.Contohnya, kalau ingin meminjam duit, Kereta, barang-barang berharga, kad kredit dan sebagainya.. macam-macam alasan bagi, kalau tak pernah call tiba-tiba sms dan call bertubi-tubi.. itulah manusia yang hiporkrit, sedangkan dia tidak suka dengan orang tersebut. Agaknya kenapa Danny menulis Entry ini, Danny terharu dengan 3 orang rakan yang mempunyai cerita yang seakan sama di Kampus, dia selalu sahaja dipandang serong oleh rakan-rakan.

Cerita ini benar-benar terjadi, tahun lepas sehinggakan Danny menitiskan air mata apabila mendengar kisah hidup yang dilalui. Pada mulanya dua bersahabat merupakan rakan baik seperti isi dengan kuku, kemana sahaja pergi mesti bersama. namun hampir beberapa bulan "A" merasa kurang selesa, dia buat keputusan untuk menjauhkan diri dari "B" dengan pelbagai cara. Cara pertama dia berubah secara drastic, bila B melihat perubahan A dia terasa amat pelik sekali. Apa tidaknya B terlalu mengambil berat tentang A. Udah seperti pasangan suami isteri lah pulak. Tapi A tidak selesa dengan cara tersebut, sehinggakan mereka tidak mengenali dunia luar, apabila balik dari kuliah terus terperap dalam bilik bersama-sama. sehingga rakan-rakan lain tidak dipedulikan.

Akhirnya persahabatan mereka mula retak, mereka tidak bertegur sapa. memang tidak dinafikan punca hubungan retak disebabkan oleh A, A mempunyai macam-macam alasan mengapa dia berbuat demikian. Namun, A tidak pernah menyimpan dendam terhadap B. dia masih lagi boleh menerima B. Namun, pada hakikatnya B masih menyimpan dendam dengan A. walaupun hubungan mereka sudah kembali pulih. Namun, secara diam-diam B ingin membalas dendam terhadap A. Salah satu cara B membalas dendam dengan cara menceritakan keburukan A kepada rakan-rakannya. B cuba membuat cerita palsu. Setiap apa yang dilakukan oleh A mesti dipandang serong oleh A.

Pada suatu hari B mendapat tahu A berkawan dengan golongan kelas atasan dan manusia yang High Class, rasa cemburu B semakin hari semakin memuncak. B cuba membuat fitnah terhada A. B cuba sebarkan dalam halaman sosial dan sebagainya untuk mengaibkan rakan tersebut. B membuat kenyataan A ditanggung oleh golongan Class atasan, ditaja dari atas hingga bawah, memakai barangan yang mewah dan sebagainya. Pada hakikatnya, A tidak pernah meminta-minta.Sebenarnya A bukanya dari golongan bawahan, keluarga A mampu untuk memberikan kekayaan dan kemewahan kepada A. Peruntukan perbelanjaan untuk Shopping, makan dan belanja harian diberikan kepada A oleh keluarganya. Tidak hairanlah keluarga A sering menghabiskan duit untuk bercuti di Luar negara berbulan-bulan. Untuk sekali percutian keluarga A menghabiskan lebih kurang $100,000.00.

Namun, B tidak senang dengan kemewahan yang dimiliki oleh A. Dia mengatakan A mendapat duit dengan cara menjual diri, ditaja oleh golongan atasan dan sebagainya. Rakan-rakan A dari luar negara juga turut menjadi mangsa kepada perbutan B tersebut. Walauapapun yang terjadi, A memang berada di pihak yang benar. Kenapa B terlalu sakit hati dengan A. Apa kesalahan yang dilakukan oleh A. Jika B ingin menjadi seperti A, pastikan kita cermin dahulu muka dekat cermin. Wajarkah kita perlu disayangi oleh orang lain sedangkan kita sendiri terlalu zalim kepada rakan kita sendiri.

Danny tidak hairan mengapa A begitu disayangi oleh rakan-rakan, pensyarah, ibu bapa dan semua orang didunia ini. Jawapan dia amat mudah, A seorang yang baik hati, bukan jenis pisau cukur, bukan seorang gigolo class atasan, seorang yang memahami diri orang lain. Kepada B, Pintu untuk anda bertaubat masih terbuka lagi. Danny harap jangan lah kita berdendam diantara satu sama lain. Masih sempat lagi anda meminta maaf di atas fitnah yang anda lakukan kepada orang yang tidak berdosa. Sesungguhnya yang baik itu datang dari-NYA, yang lemah itu dari kelemahan kita sendiri.

Monday, March 29, 2010

Exam...


yeah... leganya udah habis exam tadi.. 8-10.30am.. Syukur sangat kepadaNYA beri Danny ketenangan untuk menjawab.. Walaupun kawan-kawan lain cakap susah.. tapi bagi Danny semuanya senang.. cuma hafal rumus dan tahu cara menjawab jak.. chapter yang masuk pon x banyak.. cuma 5 chapter.. lagi lah senang.. Ratio Analysis, Time Value of Money, Share, & ada lah lagi 2 tajuk..

Soalan nampak mudah, 1 soalan dia gabungkan chapter 1 - 5.. mesti rasa pelik kan.. tapi itulah realitinya.. bukan senang belajar.. kalau masa Danny amik Degree dulu.. time final chapter 1 cuma jawab chapter 1 saja..taida gabung-gabung soalan.. tapi di tahap master dia gabungkan 5 soalan jadi 1 soalan..dapat x bayangkan.. pening...

Walaupun nak jawab 1 soalan menggunakan hampir 6page tapi ok lah.. semua rumus yang Danny hafal & faham berjaya dimuntahkan... harap-harap sem ni dpt dean list lagi.. chayok2.. chayok2.. Tq kpd, dia, kawan-kawan yg banyak membantu.. lepas ni kita boleh enjoy... huhu..

Visit Malaysia..

( Pavilion tunggu kehadiran Danny bulan ni.. ho3)

Hooray...Hooray.. Akhirnya boleh juga Visit Malaysia bulan 6 ni... papa Dah bagi lampu hijau... seronoknya.. tapi kali ni tidak seperti selalu 2 minggu.. cuma 1 minggu jak.. 1 hingga 8 Jun... walaupun Danny x dpt cuti masa tu, tapi sekali sekala ponteng ok juga. bukan selalu. kali ni datang sama family juga, mama Danny sudah x sabar mau shopping dekat Pavilion, sebab macam-macam ada di situ.. setiap kali nak balik mesti over load.. bayar lagi.. kesian sama papa.. mama i am so sorry...

Kepada Teman-teman Fb.. Kita akan berjumpa di KL seperti sebelum ini.. kpd Abg Angkat danny.. macam biasa lah.. jadi pemandu pelancong lagi ok... mama, papa, adik semua udah rindu sama abang.. hehe.. pas ni jangan terlalu menolak sangat apa orang nak bagi.. Danny tahu abang banyak duit.. Anggaplah apa yang family bagi tu sebagai hadiah.. Baju yang dulu mesti dia dah buat kain buruk kan..hehehe.. ye lah.. harga dia x da lah sampai beratus2 mcm harga abg pakai tu.. BONIA, RENOMA, TOMMY HILFIGER.. haha.. jangan sentap ye... But, x baik menolak permintaan orang.. berdosa... betul ke berdosa? hehe.. kali ni Danny x mau lagi tulis skema2.. kawan2 gelakan.. nak buat macam ayat dia tu.. memang orang minat baca.. betul x? Kwn-kwn FB, Ym, Or Blog.. nanti jumpa Di kL.. sebelum ni danny cuma sempat jumpa dengan 5-6 orang jak.. harap2 kali ni leh jumpa dengan ramai lagi...

Bored

Setelah beberapa hari x update blog, hari ni teringin pula nak update, itu pon ada orang yang suruh. kalau tidak, lebih baik Danny tido jak. buat apa mau pening-pening kepala. x pa, demi dia berkorban sikit pon x pa. takut merajuk lagi.. hehehe.. biasalah orang tua ni suka merajuk. ho3..

3 dari 4 Thesis sudah berjaya diselesaikan. bila tinggal lagi satu ni. Danny rasa semakin bosan lah pula. macam udah tiada kerja mahu buat. Thesis yang lagi 1 ni pon 90% dah mahu siap.. lepas ni boleh noty2.. huhuhu... Apa lagi mau Danny carutkan, x da idea lah... kalau blog abg tu. hari2 dia update.. ada jak cerita.. macam hidup dia dihantui oleh blog .. Tapi memang hebat.. kalau rajin2 buka lah blog budak tu.. Prince HairiAks.. macam-macam cerita ada, lucu,sedih,marah..gila-gila.. Danny suka sangat baca blog dia... sampai x kering gusi... LOL...

Wednesday, March 24, 2010

Sick..

Kawan-kawan Danny tidak boleh tidur pagi ini, Tiba-tiba badan Danny sakit-sakit. Bukan itu sahaja malah perut Danny terasa sakit yang amat. Tidak tahu apa puncanya. Mungkin Danny Tidak makan seharian yang menyebabkan perut masuk angin. bukan Danny tidak mahu makan. Tapi terlupa sudah. Terlalu busy menyiapkan Thesis yang akan dihantar minggu depan.

Maaf kepada kawan-kawan. Bukan Danny tidak mahu membalas mesej dan komen anda. Tapi tiada masa mau lakukan. Maaf banyak-banyak. Cukup untuk hari ini, Perut Danny udah sakit ni..

Wednesday, March 17, 2010

Bodoh Tak Makan Sayur!!


( Betul atau tidak kalau tidak makan sayur boleh jadi Bodoh. Danny pon tidak pasti)

Rasanya macam nak sepak sahaja Girl ni, Mulut dia terlalu jahat sangat. Dia ingat dia siapa, Anak raja, anak perdana menteri ke? suka-suka sahaja marah Danny depan orang ramai. Tadi semasa kuluar dari Town, Danny Parking dekat mall berdekatan dengan McD. Kereta Danny parking OK ja. Bila mahu keluar kereta udah kena block. Hampir 20 minit tunggu. rasanya mahu langgar sahaja. tapi, Danny boleh bersabar lagi. Kenapa dia parking dekat belakang kereta Danny. memang ketika itu tiada ruang lain. semua penuh.

Bila, Girl tu sampai boleh dia cakap Sory, saya pergi tolet tadi. sakit atau tidak hati bila mendengar. kalau pergi toilet mana mungkin boleh Take Away MCD. penipu sangat. Danny suruh dia keluarkan kereta cepat sikit. Tiba-tiba dia tengking dengan nada keras. Apa lagi mula lah kami bergaduh mulut. rasanya mahu tarik sahaja rambut dia. Tiba-tiba dia bilang Danny BoDOH tak Makan Sayur... Lelaki Gatal & lelaki gelojoh... geramnya.

Mesti kamu tahu apa yang Danny lakukan, Danny amik duit syiling lalu calarkan kereta Toyota Camry dia. kemudian terus tinggalkan no telefon. Tunggu hingga jam sekarang tapi masih lagi dia tidak call. puas hati Danny. Suka-suka cakap orang bodoh tidak makan sayur. padahal bukan salah Danny kan. kepada Girl tu.. Danny tidak akan maafkan perbuatan keji dia tu. Bodoh punya orang.

Tuesday, March 16, 2010

Thesis


( Thesis yang boleh membuatkan Danny Gila dan terus Menggila setiap detik)

Post hari ini Danny ingin menceritakan thesis yang membuatkan Danny sensara, untuk semester ini ada 3 thesis yang harus disiapkan, 1 sudah dihantar dan masih ada 2 lagi. Ya, memang begitu azab untuk menyiapkan sebuah thesis tambah-tambah ada kaitan dengan Finance.. buat penyelidikan.. page mesti tidak kurang dari 200. Kadang-kadang tidak tahu apa lagi yang ingin di masukan. Tapi tidak mengapa, Danny akan terus berusaha dan berusaha sehingga dapat menyiapkannya.
Cukup Untuk hari ini, Ingin meneruskan perjuangan Thesis yang masih lagi tiada penghujungnya..

Sunday, March 14, 2010

Apa nak buat dengan $500

Tentu ramai yang tertanya mengapa Danny memasukan nilai $500. Sebenarnya,Danny ingin berkongsi dengan rakan-rakan berkaitan dengan nilai duit. Sebagai seorang Student Untuk $500 hanya mampu dihabiskan dalam masa 1 minggu sahaja. Mesti ramai yang akan berkata Danny terlalu berjimat sedangkan rakan-rakan lain boleh berbelanja $1000 1 minggu. Tapi tidak bagi Danny.Cukuplah sekadar $500 seminggu. kerana itu sudah mencukupi.

Apa yang dibelanjakan untuk $500 dalam masa seminggu?

1.Makan untuk sehari $35 x 7 = 245
2.Minyak Kereta 1 minggu= $50
3. Perbelanjaan NoTy2 =$100
4. Kos Shopping= $50
5.Keperluan barangan mingguan = $50
6. Bayaran parking= $5

TOTAL=$500

Sebenarnya kita perlu merancang perbelanjaan harian kita supaya tidak melebihi pendapatan. mulai dari hari ini belajarlah berjimat cermat seperti Danny..ho3..


Saturday, March 13, 2010

Hainanese Chicken Rice + Fresh Orange



yammm... sedapnya.. Lunch tadi keluar dengan Is, Nana & Iza.. macam biasa lah Danny yang jadi mangsa mak Cik 3 orang ni. Macam biasa lokasi sekitar kampus. untuk hari ini semua berubah selera. sebelum ni suka makan chicken rice sahaja. tapi, teringin mahu makan Hainense pula.

MENU

1.Hainanse Chicken Rice $9.90
2. Fresh Orange $4.90

TOTAL= $14.80 + tax 5% ($0.74)
TOTAL= $15.54

I Can Not Surrender


Hari yang penuh cabaran, Pelbagai masalah menyerang hidup ini. dari pagi sehingga malam dihimpit dengan tekanan dan siksaan, Family yang bermasalah, teman-teman tidak memahami dengan masalah yang aku hadapi. Terima Kasih kepada seseorang yang baru saja dikenali. Dia banyak mengurangkan tekanan yang dihadapi. Dengan Tesis yang tidak tahu halatuju, family yang kucar-kacir.. entahlah.. sampai bila harus menanggung semua ini.. walaupun duit berjuta-juta.. hati masih tidak tenang... Why?why?Why?

Dari jam 11 sehinnga sekarang menunggu seseorang untuk meluahkan perasaan.. biasanya jam 1 pg.. aku akan melihat senyuman, tawaan dan juga kelucuan.. namun hari ini berbeda sekali.... semuanya hancur.. apakah itu hanya alasan.. penipuan.. ataupun sebagai ingin membalas dendam kepada aku.. terpulanglah... aku hanya mampu berserah... walau apa pun yang terjadi.. aku akan tetap meneruskan hidup yang penuh dengan pancaroba ini... aku harap sinar baru akan muncul esok hari.. nite... Danny mau tidur dulu... i miss u 4 ever.... Muahhhh....

Friday, March 12, 2010

Honda Civic Kesayangan Danny...

(Ni lah keta Danny, yang ni hadiah dari papa time danny masuk Unversity 3 tahun lepas, pada mulanya tidak suka dengan colour dia. sebab Danny suka colour red, or green. But, x kisah lah. Orang bagi kita terima jak)



(Walaupun udah lama digunakan tapi ianya kelihatan baru, sebab ni lah satu-satunya aset yang Danny ada. yang lain belum sempat lagi mau beli. memang dari dulu Danny Suka Kereta Honda, sebabnya, body dia kuat & keras berbanding kereta keluaran lain. Gambar ni Baru ja amik pagi tadi, masa balik rumah papa. Mulanya Danny Kena jumpa lecturer pagi tadi, mau bincang pasal tesis. Tapi terpaksa delay lagi. biasalah masalah dengan Family.)

( Kereta ni banyak berjasa pertama untuk pergi balik kuliah, jalan-jalan sama teman, pergi makan, shopping di bandar.. tidak lupa juga untuk Noty2 dengan kawan..ho3.. memang best.. dia orang yang ajar Danny jadi Noty ni.. ho3....)

Rindu...

Kenapa kita sering sahaja merindui seseorang, setiap hari mesti teringat dengan senyuman, tangisan, suara,wajah cute dan segala-galanya. Tiba-tiba sahaja Daniel teringat dengan seseorang yang sering membantu Daniel dalam kesusahan, kesenangan.. bukan sekadar masalah peribadi. Tetapi semua masalah Daniel sanggup ceritakan kepada dia kerana dia terlau pandai menyimpan rahsia dan juga berahsia, banyak cerita dan masalah dia, yang dia ceritakan pada Daniel.

Walaupun kami berjauhan, namun kami tidak pernah terputus perhubungan, Tidak kira dengan apa cara sekalipun. SMS, Call, Laman Sosial, MMS, YM, Chat Cam. inilah teknologi yang telah memberikan senyuman kepada Daniel setiap hari.. Orang yang Daniel Maksudkan adalah abang Angkat Daniel. Seorang yang lucu, peramah, periang, dan macam lagi lah. Setakat ini daniel tidak akan dedahkan siapakah orangnya.

Blog ini wujud disebabkan oleh dia juga, dia yang banyak meberi tunjuk ajar kepada Daniel. Hari ini genap 1 tahun 2 minggu kenal dengan dia. Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana kami boleh menjadi sahabat. jawapannya mudah sahaja, YM lah yang telah menemukan kami. Ketika itu, kami join Room.. selepas itu, teruslah jadi sahabat.. sehinnga hari ini kami masih lagi berhubung.. terima kasih ye abang yang sudi melayan kerenaH dANIEL Yang Noty ni.. cukup sampai di sini dahulu.. jumpa lain kali ya.. daaaa...

Monday, March 8, 2010

Exam

Jam 9pagi tadi daniel ada exam Finance. Soalan dia boleh tahan. Ada yang susah dan ada yang senang. tapi rasa kecewa sikit sebab x cukup masa mau jawab. dengan rumus yang banyak.

balik dari exam, terus pergi rumah kawan dekat Jerudong, jauh tu.. pergi ambil bahan-bahan untuk tugasan lain. Time dalam kereta tadi, Johan tu sibuk je kacau daniel. dia kata Daniel ada skandel dengan Si Zetty.. tapi Daniel x kisah, sebab zetty tu cantik. padahal Zetty hanyalah kawan baik daniel jak.

Balik dari rumah kawan teringat pulak nak update blog, rupa-rupanya Daniel dah ada blog. sebab pasal blog ni Daniel masih baru lagi. banyak yang perlu belajar. ni pon x tahu nak tulis apa. cukup untuk hari ni. bye kawan2..