Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

Jatuh Cinta Lagi

Hola to all, tengahari yang dingin ni. Saya ingin berkongsi cerita dengan kamu semua. Ini cerita tentang cinta baru saya. Cinta yang paling hot 2011. Terima kasih kepada ayahanda saya yang menemukan jodoh untuk saya. Hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya sepanjang 23 tahun hidup di dunia ini.

Nak tahu siapa yang saya maksudkan. Nama dia Buggatti Veyron. Ini memang nama sebenar. Hadiah dari Dad saya. Thanks dad. Saya sangat terharu dengan pemberian ni. Insha Allah saya akan buat yang terbaik untuk PHD saya. Doakan kejayaan saya.

Friday, November 11, 2011

So Tired

Urmmm.. Lama sudah tidak buka blog ni. Terjah blog teman-teman memang jarang sekali. Bila dapat on9 pon cuma seketika jak.. Saya memang tak ada masa nak update. Terlau sibuk dengan macam-macam persiapan.

Kalau boleh hari-hari nak update, mau layan FB. kadang-kadang rasa jealous dengan kawan-kawan yang 0n9 24jam.

Sekarang saya sedang busy dengan research yang semakin gila dan terus mengila. Tak tahu macam nak habiskan 4 tahun dengan benda yang gila macam ni. Rasa macam dah buat keputusan yang salah. PHD bukan sesuatu yang mudah.. Kalau tak betul2, sure boleh jadi gila.

Doakan saya dapat habiskan PHD saya dengan jayanya. After 4 tahun baru boleh fikir pasal Cinta.. selamat tinggal cinta.. selamat datang sayang.:)

Thursday, October 13, 2011

Sorry! Sorry! Sorry!


I want to apologize to someone. I know, I'm very hot-tempered. I do not think before talk. I like to blame things that are not identified. I did this all because I really love with you. I love you forever. love u baby! pardon me. Promise not do it again. I miss our happy moments of time together. once again I apologize to you.

Saturday, August 20, 2011

Bengang

Semalam... seharian saya keluar bershopping bersama dia..
Dari petang sampailah pagi
ingatkan bila udah malam orang akan kurang...
semua itu silap... lagi malam.. lagi ramai orang...
sehingga jam 5 pagi..
jalan masih jem...
terutama di uptown dan jalan TAR..

Antara tempat yang sempat kami lawati:-
1.Jalan TAR
2.Time Square
3.Sogo
4.Pavilion
5.Uptown
6.KLCC

Kali ni saya dengan dia memang shopping tak ingat dunia..
Kalau ikutkan ragam dia.. semua dia nak beli..
Berapa guni duit dia bawa..saya pon tak tahu..
Kiranya utuk tahun ni... color baju kami adalah sama...
Tiba-tiba tema raya bertukar dari purple kepada hijau..
memang pelik bin ajaib...

Okaylah, di Pavilion.. saya masuk 1 butik yang agak terkenal..
tiba-tiba kami ternampak baju Melayu yang agak cantik..
ingatkan harga dia dalan rm200-300...
bila masuk jak.. harga dia RM 999.00

memandangkan udah berkenan.. So, apa lagi..
beli ja lah.. kami beli 6 pasang...
untuk family dia & saya..
So, dpt diskaun 50% untuk setiap satu sebab beli melebihi 3 pasang..
bestkan.. jarang butik di pavilion beri diskaun..
rasa agak terkejut jua...

Kain dia import from India.. kira ada campuran silk..
warna pon agak unik.. hijau + bintik hitam..
Raya pertama nanti saya upload dalam blog ya..

P/s.....
Tq kepada dia yang seharian temankan saya..
TQ belanja saya berbuka puasa...
Tq bagi tumpangkan kereta BMW baru dad dia..
(walaupun pinjam dad punya, macam kereta sendiri jak)
TQ belikan saya 1 set perfumet Tommy Hilfiger berharga RM499..
Sekali bersahabat.. Selamanya bersahabat..

tunggu entry seterusnya..

tamat........................


Friday, August 19, 2011

Jom Bersukaria

Assalamualaikum...

Hari ni 20hb.. Hari yang sangat bermakna bagi saya.
walaupun masih kepenatan..
saya cuba untuk tersenyum.

Actually saya baru jak sampai di KLIA
ketibaan saya disambut oleh untie,uncle & kazen yang cute tu..
kalau dulu saya boleh peluk cium dengan dia..
sekarang rasa sangat shy, coz dia udah mau kawin kan..
:)

Petang ni saya ada date dengam my sayang...
sangat tak sabar..
Saya harap sesangat dia tak sesat macam dulu..
GPS udah beli.. Ipad 2 pon ada GPS..
So, tolong gunakan sepenuhnya..




Thursday, June 30, 2011

Sejarah Mungkin Berulang

Sejauh mana mampu bertahan

Sampai bila harusku kenang

Setiap kali bertentangan

Tiada ketenangan

Cemburumu merantai hati

Meleburkan semangat diri

Bila aku kenangkan kemanisan lalu

Semua itu ku ketepikan

Andaiku turut rasa hati

Telah jauh ku bawa diri

Tapi kemaafanku lahir dari hati... mengatasi

Sejarah mungkin berulang

Walau engkauku maafkan

Oh kekasih

Tapi mungkin hanya sementara

Keinsafan di hatimu

Berpanas hujan berembun

Tak pernah ku hiraukan

Asal dapat memenuhi

Segala keinginan hati

Ku bina istana cinta

Dihiasi lukisan rindu

Indahnya pada di luar

Tapi penuh kepalsuan

Bila ku tiada

Terbuktilah

Betapa aku pula di sisimu

Monday, June 27, 2011

Thanks God


Wow.. Thanks God. Semua telah engkau permudahkan untuk saya. Saya sangat senang apa yang kau berikan pada saya. Sangat senang bila sudah temu kebahagian yang udah lama saya inginkan. So, moral of the story.

  • Jangan jadi buaya darat.
  • Patah tumbuh, hilang diganti yang sama.
  • Setialah pada yang satu.
  • Jangan tamak haloba.
  • Janji is nothing.
  • Orang tamak memang selalu rugi.
  • Setialah pada yang satu.
  • Sentiasa ambil berat tentang orang yang tersayang walaupun kita busy macam mana pon.

Sekarang hidup aman tanpa sebarang masalah & Penghalang. Thanks God.

Tuesday, April 26, 2011

OMG..Saya Udah Kembali!

Urmm.. Sudah lama tidak conteng-conteng di blog saya. Kangan sama teman, kangan sama blogger. Ramai teman yang tertanya di mana saya menghilang. Sebenarnya saya bukan menghilang. Cuma berehat seketika untuk chating dan sebagainya.

Saya perlu fokus untuk study saya. Siapa yang masih belum tahu. Saya sedang berusaha gigih untuk menghabiskan PHD saya yang berbaki bertahun lagi. Bilik, rumah, dan kereta dipenuhi dengan buku buku.

So, wish me good luck.

Thanks..

Saturday, February 26, 2011

Miss Someone

Aku ingin engkau ada disini

menemaniku saat sepi

menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu

ku hanya mencintai kamu

ku hanya memiliki kamu

aku rindu setengah mati kepadamu

sungguh ku ingin kau tahu

aku rindu setengah mati

meski telah lama kita tak bertemu

ku slalu memimpikan kamu

ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu

sungguh ku ingin kau tahu

ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu

Wednesday, January 19, 2011

Cinta Itu Buta


Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus dia yang merebut dirimu

Bila aku tak baik untukmu
Dan bila dia bahagia dirimu
Aku kan pergi meski hati tak akan rela

Hello, salam soreh. Saya sangat sibuk bangat. Udah ada kerja, udah berpunya dan udah berpacaran lagi. Iya iya lah, patah tumbuh hilang berganti. Pernah jua patah hati, tapi tiada yang mau gantinya. Tapi, Alhamdulilah. Semuanya udah okie. Hari demi hari coba melupakan #@!&!@*&. Pada mulanya amat sukar. Tapi lama kelamaan udah bisa hidup tanpanya.

Masih teringat semasa mencintai beberapa orang dalam satu masa. Sudah semestinya amat sukar. Ada kalanya tersalah send mesej. Tersalah janji sama mereka. Tapi, semuanya berjaya diatasi dengan kata-kata yang agak manis. Coba bayangkan, saya punya scandal di Brunei, Malaysia & Indonesia. Dalam masa yang sama, saya perlu menjaga kesemuanya. Memang sukar bangat.

Secara jujurnya, sudah berpuluh orang yang menjalinkan hubungan dengan saya. Tapi semua seolah tidak memahami apa kehendak saya. Saya coba turuti kehendak mereka, tapi saya seolah dipermainkan. Udah tentu kecewa sama sikap mereka. Tapi, saya amat tertarik dengan @#$%^&. Iya, dia seorang yang amat unik, pemarah,emosi dan baik hati. Kenapa setiap kali orang yang saya minati dan sayangi tidak suka sama saya. Saya tak tahu apa kesalahan yang saya lakukan. Apa yang dia mahu saya turuti. Semua sanggup saya lakukan.

Hidup kita seperti roda. Ada kala di atas ada kala di bawah. Kalau hari ni dia tolak cinta saya, esok lusa pasti dia akan merasa benda yang sama. Sumpah!!! saya tidak menyesal kenal dengan dia walaupun dia udah beberapa kali kecewakan saya.

Saturday, November 20, 2010

Kau Memang Perampas!!!

Wasup..

Hello, Hari ni saya cuma ingin menulis entry yang agak menyakitkan hati..
Entry yang pernuh dengan emosi.
Saya kenal dengan seorang budak dari FB dan Ym.
Dia juga salah seorang dari kawan baik saya.
Tetapi semuanya berubah dalam sekelip mata.
rupa-rupanya dia seorang perampas. Dia seorang penipu.

Kenapa dia buat saya macam ni?
Saya mengenali "H" dahulu, barulah bejumpa dengan "A".
Sebelum saya berjumpa dengan "H", Hubungan kami sangat akrab dan bahagia.
Tapi semuanya berubah bila "A" telah merampas kebahagian yang kami bina selama ini.
Dari hari ke hari, "H" semakin berubah, "H" seperti telah dipukau oleh "A".

Sebenarnya saya sangat sayang dengan "H", tapi semuanya berubah bila :A: masuk campur dalam hubungan kami. Dia seolah benci sama saya.. Apa salah saya?
Sekarang, cuma ada sifat dendam dengan "A" kerana telah merosakan hubungan kami.
Walaupun saya bertepuk sebelah tangan, saya masih cintakan "H" saya masih sayangkan dia.

Saya percaya, "H" saja mau sakiti hati saya. Dengan meletakan gambar yang boleh buatkan saya sakit hati. Status di YM dia? Status di FB "A". Entry dalam blog "A". Walaupun dia menggunakan bahasa yang agak tersirat. Saya mampu mentafsirnya.

Honestly saya masih sayang dia. Betul kata orang, kekayaan belum tentu boleh membeli kasih sayang dari seseorang. "H", saya tabik spring dengan kamu. kamu memang berbeza dengan orang yang pernah saya jumpa. Alangkah bahagia kalau kita sentiasa bersama. i am really miss u damn so much.

Sunday, November 7, 2010

Akhirnya


Assalamualaikum

Wow, akhirnya dapat juga saya update untuk entry terbaru. Kalau anda ingin tahu, saya sangat busy menulis thesis akhir-akhir ini. Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Thesis pon sudah siap dijilid. Serta sudah dihantar kepada pensyarah penilai. Rasanya hampir 2 bulan saya menyepikan diri. Cuma sekali sekala sahaja baca blog kegemaran dan mengomen apa yang patut.

Memandang saya semester akhir untuk program Master (Finance Managements). Saya dah boleh menarik nafas lega. Saya tiada final exam. Semua paper yang saya ambil 100% thesis. Memang boleh gila, memang boleh sakit hati bila research yang kita buat tidak dapat kerjasama dari orang yang kita harapkan.

Baiklah, sebenarnya saya ada berita gembira kepada anda semua. Kalau anda ingin tahu. My dad & My Mum belikan hadiah kepada saya. Sangat terharu dengan mereka. Hadiah saya tamat habiskan master. Mesti anda nak tengok kan? Hahaha.. Ini dia, saya dapat GF baru. Seronoknya.




Terima kasih kepada mereka yang hadiahkan GF Lamborghini dekat saya. Lepas ni boleh bawa gi Opis papa naik kereta baru. Kalau anda ingin tahu, bulan 12 ni. Saya dah mula kerja dengan My Dad. Jadi CEO? Hahaha.. Kerja biasa-biasa jak. Sesuai dengan kelulusan yang saya ada.Tapi gaji memang lumayan. Sila jangan tanya My dad buka syarikat apa.Hik3. Biar saya sorang jak yang tahu.

Apa-apa pon kereta lama saya masih lagi digunakan. Sayang dekat BF Honda tu. Mesti dia merajuk sama saya. Apa tidaknya, semenjak dua ni, saya asyik bawa GF baru jer.

~Sedang Menunggu kedatangan someone dari Malaysia, untuk bersama-sama merasmikan kereta baru. Untuk pengetahuan dia, saya masih sayang dan cinta sama dia. Kenapa perlu menjauhkan diri dari saya? Why? Tolong jangan hipokrit, tolong jangan buat saya ternanti-nanti, plzz.. ~

Wednesday, August 25, 2010

Tipu Vs Janji?

Wow.. Isu yang agak hangat pada mingguini. Tipu Vs Janji. Saya sangat tertarik dengan isu ini. Setiap hari memang ada orang berjanji, ada juga orang ditipu. Saya mahu tanya pendapat anda semua. Antara tipu dengan Janji? Mana yang lebih teruk? Bagi saya tipu dan janji sama sahaja. Tipu dosanya besar sikit dari janji.

Secara jujur, pekara ini pernah berlaku pada diri saya. Dalam masa yang sama saya pernah ditipu. Bagaimana pula penipuan yang dilakukan oleh pihak A. Saya juga pernah barjanji, tapi saya terpakasa membatalkan janji tersebut untuk kebaikan pihak yang lagi satu. Saya tidak mampu melihat rakan saya ditipu. Rakan yang saya kenali bebrapa tahun lalu. Rakan yang paling baik dengan saya. Dia ditipu oleh rakan sendiri. Sangat menyedihkan.

Kenapa Si A sanggup menupu rakan baiknya sendiri. Saya tidak mampu melihat rakan sendiri ditipu. Adakah itu dikira mungkir janji demi kebaikan pihak lain. Rasanya tidak.. Lebih baik saya ceritakan segalanya demi kebaikan orang lain. Maknanya disini, menipu lebih teruk dari mungkir janji..


Monday, August 16, 2010

Kejap ada kejap tak ada


Hello.. Dalam diam tidak diam.. Udah hari ke 6 berpuasa. Sudah turun 3kg berat badan saya. Ok lah, selepas berbuka saya sempat buka blog rakan rakan. Saya tertarik dengan blog yang menjadi pujaan hati. Pada mulanya, saya sangat cemburu dengan Trip $%#$% ^%$&^. Yang ditulis oleh $%##@# dia. Kalau dilihat dari segi penulisannya, memang sesiapa akan cemburu. Sebenarnya saya sangat cemburu. Dengan kemesraan, keriangan dan keakraban dia dengan Si $#%^^&&&.

Tapi, setelah 1 jam lebih. Saya cuba untuk membuka entry tersebut. Saya ingin membaca sekali lagi. Saya suka ayat yang bersahaja yang digunakan oleh dia. Suka dengan cara penulisan yang menarik dan santai dan puaka (bak kata dia) ho3. Tapi malangnya entry tersebut telah dipadam. Muncul pula entry baru. Entry yang pendek. Tapi saya boleh mentafsirkan yang sekarang dia bad mood. Ayoo, apa udah jadi ni?

Saya terus berfikir, kenapa secara tiba-tiba dia mebuang begitu sahaja entry yang agak menarik. Semasa dia sedang online. Saya cuba mengorek sedikit rahsia. Tapi malangnya diam begitu sahaja. Saya yakin, mesti dia sedang menyembukikan sesuatu dari seseorang. Tapi... siapakah dia. Adakah saya? Adakah scandal dia yang ramai tidak terkira?

Saya bukan ingin masuk campur hal rumah tangga dia. Cuma ambil berat jak. Kalau dia terbaca entry ni. Bolehlah berkongsi masalah sama saya. Rindu sama kamu. Miss u damn so much.. :)

Tuesday, July 13, 2010

Duit yang tidak bernilai....



Kenapa ramai orang yang sukakan duit? Kenapa ramai orang tidak boleh hidup kerana duit? Bagi saya duit bukanlah segalanya. Walaupun duit kita berjuta dolar. berbilion-bilion. Tapi masih lagi tidak mampu memiliki apa yang diimpikan. Saya tahu, saya menyukai seseorang, saya akan gunakan kekayaan untuk memikat dan menggoda. Tapi kenapa saya tewas dengan dia. Dia memang pelik. Dia memang aneh. Lebih aneh dari makluk dari planet Pluto.

Saya tiada kakak, saya tiada abang. cuma ada adik sahaja. Salahkah saya untuk mendapat kasih sayang dari seorang abang dan kakak? Salahkah? Tapi kenapa dia tidak memahami perasaan saya. kenapa? Saya sangat sedih. kakak saya memang ok, selalu jak take care sama saya. tapi kenapa dengan abang saya? Selalu berubah. selalu menyepi. lebih sepi dari radio yang tidak berfungsi.

Oh.. Kenapa semua ini menimpa saya. oh... tidak... Abang.. Tolong lah faham... Saya cuma mau bertukar pandangan jak.. tiada lebih dari itu.. Apa kata kita lupakan kisah dulu. kita mulakan hidup baru... hidup tanpa masalah... Saya kesunyian sekarang ini.. sayang sangat emo.. boleh ka? Plz...

Wednesday, June 23, 2010

24-06-2010 ( Ulang Tahun Ke-2)


La la la..
Yeah... Today hari yang paling bersejarah buat saya..
Ulang tahun ke2 perkenalan Saya dengan Si Dia..
Saya nak bagi tahu satu dunia yang saya rindu sama dia..
Saya sayang sama dia...
Saya cinta sama dia.. Terima Kasih Sayang..

Sayang, sumpah saya tak cari orang lain lagi..
Saya rindu dengan Sayang dulu.. kini dan selamanya..
Saya tak kisah yang saya bertepuk sebelah tangan.
Kalau saya tak tepuk sebelah tangan mesti tidak berbunyi..

Sayang.. Selamat ulang tahun ke 2 perkenalan kita..
Miss you damn so much..
Muahhhh....

Tuesday, June 1, 2010

Jangan Siksa Dia Lagi!!!

Danny benci dengan orang yang suka dengki dengan orang lain. Benci Benci Benci. Kenapa kita nak jaga tepi kain orang lain? tidak cukupkah dengan apa yang dia lakukan kepada dia selama ini. Biarkan dia hidup bahagia.

Danny harap orang yang telah menyiksa Si Dia berubah lah. Jangan mencari kesalahan orang lain. Cuba perbetulkan diri sendiri dahulu. Jangan nak "BUSYBODY" hal orang lain. Tolong jangan memfitnah orang lain tanpa usul periksa. "Sesungguhnya Fitnah Itu Dosanya Lebih Besar Dari Membunuh" Danny amat memahami perasaan orang yang disakiti. Walaupun kita disakiti. Hidup perlu diteruskan.

Nasihat kawan kepada kawan yang dirindui. Kepada %$#@# Sabar itu sebahagian dari Iman. Senyum-senyum selalu ye. Rindu dengan senyuman manja awak.

Wednesday, May 12, 2010

Goodbye FB..


Pukul 10 malam tadi semuanya berakhir. Account FB dah delete. Puas hati sangat, sekarang dah guna account baru. tahniah kepada mereka yang berjaya Danny Add. Minta maaf kepada mereka yang tidak berjaya. bila buka je akaun baru, ramai juga yang dapat kesan. hampir 50 orang Danny tak approve.

Syarat-syarat yang telah ditetapkan:-

  1. Berperwatakan menarik.
  2. Masih single.
  3. Suka Makan Maggi Tom Yam
  4. Kulit Cerah, Sawo matang, dan Hitam manis.
  5. Warganegara Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia.
  6. Lelaki & Wanita ( Pondan, Tomboy, Bapuk, Maknyah.. Minta maaf.. Danny x layan)
  7. Berumur Diantara 15-30 tahun sahaja. ( Kalau yang muda-muda aku x layan, kalau tua lagi lah... bukan setakat tiada layan.. tapi pikir-pikir lah sendiri.
  8. Fasih bahasa Melayu, English, Filipina, dan Brunei.
  9. Bukan manusia plastik dan hipokrit ( talamdua muka)
  10. Mesti vogue macam....... apa-apa je lah...
Siapa yang rasa diri dia layak untuk di ADD, boleh hantarkan email dekat blog Danny. Ho3..

Sunday, April 18, 2010

1 minggu, 1 hari, 1 jam, 1 minit, 1 saat

Hampir 1 minggu x update blog.. busy jak...
Seronok... memang seronok...
Walaupun sekejap masa berjalan..aku rasa puas sangat..
Berjumpa dengan family, terutama adik-adik aku..
Sepanjang 1 minggu aku menghabiskan masa bersama dengan mereka..

Esok bermulah hari-hari yang paling busy buat aku..
Semester baru dah bermula... Oh.. Tidak.. Tidak...
Thesis baru akan menanti aku...
kalau sebelum ni, semasa amik degree.. aku boleh bercuti 1 hingga 2 bulan...
sekarang cuma 1 minggu jak.. memang penat..
Ini semua gara-gara lecture yang bagi cadangan..

Mereka suruh aku habiskan Master dalam masa 1 tahun setengah..
pada mulanya aku mahu buat 2 tahun..
aku cuba menyahut cabaran tersebut...
walaupun cuti terhad... x kisah lah..
lepas ni udah boleh kerja bha....