Showing posts with label Sick. Show all posts
Showing posts with label Sick. Show all posts

Tuesday, June 1, 2010

Jangan Siksa Dia Lagi!!!

Danny benci dengan orang yang suka dengki dengan orang lain. Benci Benci Benci. Kenapa kita nak jaga tepi kain orang lain? tidak cukupkah dengan apa yang dia lakukan kepada dia selama ini. Biarkan dia hidup bahagia.

Danny harap orang yang telah menyiksa Si Dia berubah lah. Jangan mencari kesalahan orang lain. Cuba perbetulkan diri sendiri dahulu. Jangan nak "BUSYBODY" hal orang lain. Tolong jangan memfitnah orang lain tanpa usul periksa. "Sesungguhnya Fitnah Itu Dosanya Lebih Besar Dari Membunuh" Danny amat memahami perasaan orang yang disakiti. Walaupun kita disakiti. Hidup perlu diteruskan.

Nasihat kawan kepada kawan yang dirindui. Kepada %$#@# Sabar itu sebahagian dari Iman. Senyum-senyum selalu ye. Rindu dengan senyuman manja awak.

Wednesday, March 24, 2010

Sick..

Kawan-kawan Danny tidak boleh tidur pagi ini, Tiba-tiba badan Danny sakit-sakit. Bukan itu sahaja malah perut Danny terasa sakit yang amat. Tidak tahu apa puncanya. Mungkin Danny Tidak makan seharian yang menyebabkan perut masuk angin. bukan Danny tidak mahu makan. Tapi terlupa sudah. Terlalu busy menyiapkan Thesis yang akan dihantar minggu depan.

Maaf kepada kawan-kawan. Bukan Danny tidak mahu membalas mesej dan komen anda. Tapi tiada masa mau lakukan. Maaf banyak-banyak. Cukup untuk hari ini, Perut Danny udah sakit ni..