Tuesday, November 29, 2011

Best Lagu Ni


Serious..
Menyesal  lepaskan dia.
Mungkin itu jalan terbaik untuk saya
Semoga dia bahagia dengan orang boleh menjaga dia..

Terima kasih kerana sudi menjadi teman istimewa.. Saya mendoakan agar dia sentiasa bahagia. 
Jadikan apa yang berlaku sebagai satu kenangan..


Wednesday, November 23, 2011

Jatuh Cinta Lagi

Hola to all, tengahari yang dingin ni. Saya ingin berkongsi cerita dengan kamu semua. Ini cerita tentang cinta baru saya. Cinta yang paling hot 2011. Terima kasih kepada ayahanda saya yang menemukan jodoh untuk saya. Hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya sepanjang 23 tahun hidup di dunia ini.

Nak tahu siapa yang saya maksudkan. Nama dia Buggatti Veyron. Ini memang nama sebenar. Hadiah dari Dad saya. Thanks dad. Saya sangat terharu dengan pemberian ni. Insha Allah saya akan buat yang terbaik untuk PHD saya. Doakan kejayaan saya.

Friday, November 11, 2011

So Tired

Urmmm.. Lama sudah tidak buka blog ni. Terjah blog teman-teman memang jarang sekali. Bila dapat on9 pon cuma seketika jak.. Saya memang tak ada masa nak update. Terlau sibuk dengan macam-macam persiapan.

Kalau boleh hari-hari nak update, mau layan FB. kadang-kadang rasa jealous dengan kawan-kawan yang 0n9 24jam.

Sekarang saya sedang busy dengan research yang semakin gila dan terus mengila. Tak tahu macam nak habiskan 4 tahun dengan benda yang gila macam ni. Rasa macam dah buat keputusan yang salah. PHD bukan sesuatu yang mudah.. Kalau tak betul2, sure boleh jadi gila.

Doakan saya dapat habiskan PHD saya dengan jayanya. After 4 tahun baru boleh fikir pasal Cinta.. selamat tinggal cinta.. selamat datang sayang.:)