Saturday, November 20, 2010

Kau Memang Perampas!!!

Wasup..

Hello, Hari ni saya cuma ingin menulis entry yang agak menyakitkan hati..
Entry yang pernuh dengan emosi.
Saya kenal dengan seorang budak dari FB dan Ym.
Dia juga salah seorang dari kawan baik saya.
Tetapi semuanya berubah dalam sekelip mata.
rupa-rupanya dia seorang perampas. Dia seorang penipu.

Kenapa dia buat saya macam ni?
Saya mengenali "H" dahulu, barulah bejumpa dengan "A".
Sebelum saya berjumpa dengan "H", Hubungan kami sangat akrab dan bahagia.
Tapi semuanya berubah bila "A" telah merampas kebahagian yang kami bina selama ini.
Dari hari ke hari, "H" semakin berubah, "H" seperti telah dipukau oleh "A".

Sebenarnya saya sangat sayang dengan "H", tapi semuanya berubah bila :A: masuk campur dalam hubungan kami. Dia seolah benci sama saya.. Apa salah saya?
Sekarang, cuma ada sifat dendam dengan "A" kerana telah merosakan hubungan kami.
Walaupun saya bertepuk sebelah tangan, saya masih cintakan "H" saya masih sayangkan dia.

Saya percaya, "H" saja mau sakiti hati saya. Dengan meletakan gambar yang boleh buatkan saya sakit hati. Status di YM dia? Status di FB "A". Entry dalam blog "A". Walaupun dia menggunakan bahasa yang agak tersirat. Saya mampu mentafsirnya.

Honestly saya masih sayang dia. Betul kata orang, kekayaan belum tentu boleh membeli kasih sayang dari seseorang. "H", saya tabik spring dengan kamu. kamu memang berbeza dengan orang yang pernah saya jumpa. Alangkah bahagia kalau kita sentiasa bersama. i am really miss u damn so much.

Sunday, November 7, 2010

Akhirnya


Assalamualaikum

Wow, akhirnya dapat juga saya update untuk entry terbaru. Kalau anda ingin tahu, saya sangat busy menulis thesis akhir-akhir ini. Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Thesis pon sudah siap dijilid. Serta sudah dihantar kepada pensyarah penilai. Rasanya hampir 2 bulan saya menyepikan diri. Cuma sekali sekala sahaja baca blog kegemaran dan mengomen apa yang patut.

Memandang saya semester akhir untuk program Master (Finance Managements). Saya dah boleh menarik nafas lega. Saya tiada final exam. Semua paper yang saya ambil 100% thesis. Memang boleh gila, memang boleh sakit hati bila research yang kita buat tidak dapat kerjasama dari orang yang kita harapkan.

Baiklah, sebenarnya saya ada berita gembira kepada anda semua. Kalau anda ingin tahu. My dad & My Mum belikan hadiah kepada saya. Sangat terharu dengan mereka. Hadiah saya tamat habiskan master. Mesti anda nak tengok kan? Hahaha.. Ini dia, saya dapat GF baru. Seronoknya.




Terima kasih kepada mereka yang hadiahkan GF Lamborghini dekat saya. Lepas ni boleh bawa gi Opis papa naik kereta baru. Kalau anda ingin tahu, bulan 12 ni. Saya dah mula kerja dengan My Dad. Jadi CEO? Hahaha.. Kerja biasa-biasa jak. Sesuai dengan kelulusan yang saya ada.Tapi gaji memang lumayan. Sila jangan tanya My dad buka syarikat apa.Hik3. Biar saya sorang jak yang tahu.

Apa-apa pon kereta lama saya masih lagi digunakan. Sayang dekat BF Honda tu. Mesti dia merajuk sama saya. Apa tidaknya, semenjak dua ni, saya asyik bawa GF baru jer.

~Sedang Menunggu kedatangan someone dari Malaysia, untuk bersama-sama merasmikan kereta baru. Untuk pengetahuan dia, saya masih sayang dan cinta sama dia. Kenapa perlu menjauhkan diri dari saya? Why? Tolong jangan hipokrit, tolong jangan buat saya ternanti-nanti, plzz.. ~

Thursday, September 16, 2010

Syoknya Raya...

Wahh.. Cepatnya udah 7 syawal.. Memang sudah lama saya tak update blog. Saya sangat sibuk dengan persiapan raya. Sekarang masih lagi dalam mood bercuti. Tahun ni saya raya di negara orang. Memang menarik dan seronok. Minggu depan baru balik kampung halaman.

Setiap tahun saya dan keluarga akan menghabiskan masa untuk membeli belah, bercuti dan melancong. Tapi, tahun ini tidak sepeti tahun sebelum ini. Saya tidak bertemu dengan kawan kawan blog, FB, YM. Semua menghilangkan diri. Kemana menghilangkan diri? Saya Sangat kecewa.

Saya cuba call, YM, FB, Mesej. Tapi semua diam.. Saya tak kisah pon. Janji dia bahagia. Biasalah orang sekarang, habis madu sepah dibuang. Tapi tak apa...

Kepada dia, masih ada masa untuk kita jumpa. Pls rspon.. plzzzzz.....

Wednesday, August 25, 2010

Tipu Vs Janji?

Wow.. Isu yang agak hangat pada mingguini. Tipu Vs Janji. Saya sangat tertarik dengan isu ini. Setiap hari memang ada orang berjanji, ada juga orang ditipu. Saya mahu tanya pendapat anda semua. Antara tipu dengan Janji? Mana yang lebih teruk? Bagi saya tipu dan janji sama sahaja. Tipu dosanya besar sikit dari janji.

Secara jujur, pekara ini pernah berlaku pada diri saya. Dalam masa yang sama saya pernah ditipu. Bagaimana pula penipuan yang dilakukan oleh pihak A. Saya juga pernah barjanji, tapi saya terpakasa membatalkan janji tersebut untuk kebaikan pihak yang lagi satu. Saya tidak mampu melihat rakan saya ditipu. Rakan yang saya kenali bebrapa tahun lalu. Rakan yang paling baik dengan saya. Dia ditipu oleh rakan sendiri. Sangat menyedihkan.

Kenapa Si A sanggup menupu rakan baiknya sendiri. Saya tidak mampu melihat rakan sendiri ditipu. Adakah itu dikira mungkir janji demi kebaikan pihak lain. Rasanya tidak.. Lebih baik saya ceritakan segalanya demi kebaikan orang lain. Maknanya disini, menipu lebih teruk dari mungkir janji..


Monday, August 16, 2010

Kejap ada kejap tak ada


Hello.. Dalam diam tidak diam.. Udah hari ke 6 berpuasa. Sudah turun 3kg berat badan saya. Ok lah, selepas berbuka saya sempat buka blog rakan rakan. Saya tertarik dengan blog yang menjadi pujaan hati. Pada mulanya, saya sangat cemburu dengan Trip $%#$% ^%$&^. Yang ditulis oleh $%##@# dia. Kalau dilihat dari segi penulisannya, memang sesiapa akan cemburu. Sebenarnya saya sangat cemburu. Dengan kemesraan, keriangan dan keakraban dia dengan Si $#%^^&&&.

Tapi, setelah 1 jam lebih. Saya cuba untuk membuka entry tersebut. Saya ingin membaca sekali lagi. Saya suka ayat yang bersahaja yang digunakan oleh dia. Suka dengan cara penulisan yang menarik dan santai dan puaka (bak kata dia) ho3. Tapi malangnya entry tersebut telah dipadam. Muncul pula entry baru. Entry yang pendek. Tapi saya boleh mentafsirkan yang sekarang dia bad mood. Ayoo, apa udah jadi ni?

Saya terus berfikir, kenapa secara tiba-tiba dia mebuang begitu sahaja entry yang agak menarik. Semasa dia sedang online. Saya cuba mengorek sedikit rahsia. Tapi malangnya diam begitu sahaja. Saya yakin, mesti dia sedang menyembukikan sesuatu dari seseorang. Tapi... siapakah dia. Adakah saya? Adakah scandal dia yang ramai tidak terkira?

Saya bukan ingin masuk campur hal rumah tangga dia. Cuma ambil berat jak. Kalau dia terbaca entry ni. Bolehlah berkongsi masalah sama saya. Rindu sama kamu. Miss u damn so much.. :)

Friday, August 6, 2010

Akhirnya....



Hari yang paling gembira...
Tadi sempat chating dengan seseorang..
Saya punya kekasih lama..
Saya punya %$@#$%

Ho3.. Semakin bahagia dia sekarang..
Suka hati saya...
Saya paling suka bila dia dah maafkan saya..
Saka suka sangat sangat...

Tuhan memang adil...
Mula mula macam tidak caya yang dia dah maafkan...
Tapi, itulah hakikatnya...
Dia udah maafkan...
Thanks Sayang...

Love you Damn So Much... Muahhh

Danny Vs H&*^%$#@

Tuesday, July 13, 2010

Duit yang tidak bernilai....



Kenapa ramai orang yang sukakan duit? Kenapa ramai orang tidak boleh hidup kerana duit? Bagi saya duit bukanlah segalanya. Walaupun duit kita berjuta dolar. berbilion-bilion. Tapi masih lagi tidak mampu memiliki apa yang diimpikan. Saya tahu, saya menyukai seseorang, saya akan gunakan kekayaan untuk memikat dan menggoda. Tapi kenapa saya tewas dengan dia. Dia memang pelik. Dia memang aneh. Lebih aneh dari makluk dari planet Pluto.

Saya tiada kakak, saya tiada abang. cuma ada adik sahaja. Salahkah saya untuk mendapat kasih sayang dari seorang abang dan kakak? Salahkah? Tapi kenapa dia tidak memahami perasaan saya. kenapa? Saya sangat sedih. kakak saya memang ok, selalu jak take care sama saya. tapi kenapa dengan abang saya? Selalu berubah. selalu menyepi. lebih sepi dari radio yang tidak berfungsi.

Oh.. Kenapa semua ini menimpa saya. oh... tidak... Abang.. Tolong lah faham... Saya cuma mau bertukar pandangan jak.. tiada lebih dari itu.. Apa kata kita lupakan kisah dulu. kita mulakan hidup baru... hidup tanpa masalah... Saya kesunyian sekarang ini.. sayang sangat emo.. boleh ka? Plz...

Wednesday, June 23, 2010

24-06-2010 ( Ulang Tahun Ke-2)


La la la..
Yeah... Today hari yang paling bersejarah buat saya..
Ulang tahun ke2 perkenalan Saya dengan Si Dia..
Saya nak bagi tahu satu dunia yang saya rindu sama dia..
Saya sayang sama dia...
Saya cinta sama dia.. Terima Kasih Sayang..

Sayang, sumpah saya tak cari orang lain lagi..
Saya rindu dengan Sayang dulu.. kini dan selamanya..
Saya tak kisah yang saya bertepuk sebelah tangan.
Kalau saya tak tepuk sebelah tangan mesti tidak berbunyi..

Sayang.. Selamat ulang tahun ke 2 perkenalan kita..
Miss you damn so much..
Muahhhh....

Sunday, June 20, 2010

Jatuh Cinta Lagi


Lama sudah x update blog, ya memang lama. Kalau mahu tahu saya sangat sibuk. Ya sangat sibuk dengan thesis saya. Saya kena keluar daerah untuk mendapatkan maklumat. Sebenarnya saya nak cerita pasal kelasih gelapku. Semasa saya buat research di sebuah kampung, saya bertemu dengan seorang wanita yang sangat cantik. Kebetulan wanita tersebut juga ingin membuat research tentang thesis kebudayaan. Akhirnya saya berkawan dan bertukar no telefon. Walaupun kami baru kenal kurang dari 1 bulan namun perhubungan kami seperti couple yang paling Hot. ho3..



Horay.. Aku udah jatuh cinta.. Lagu untuk aku dan dia. mmmm

Saya suka dengan wanita ini, saya sayang dia, kalau mau tahu, wanita ini mempunyai ciri-ciri wanita idaman saya. Ciri ciri wanita idaman saya mestillah cantik, sexy, putih, gebu, dan yang paling penting gigi mesti cantik. Tak mahu jongang dan jarang jarang. Tak suka.. tak suka.. Ya, terima kasih. terima kasih kepada dia.

Sunday, June 6, 2010

Salam Terakhir Untuk Semua!!!

Salam Terakhir

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir

Tuesday, June 1, 2010

Jangan Siksa Dia Lagi!!!

Danny benci dengan orang yang suka dengki dengan orang lain. Benci Benci Benci. Kenapa kita nak jaga tepi kain orang lain? tidak cukupkah dengan apa yang dia lakukan kepada dia selama ini. Biarkan dia hidup bahagia.

Danny harap orang yang telah menyiksa Si Dia berubah lah. Jangan mencari kesalahan orang lain. Cuba perbetulkan diri sendiri dahulu. Jangan nak "BUSYBODY" hal orang lain. Tolong jangan memfitnah orang lain tanpa usul periksa. "Sesungguhnya Fitnah Itu Dosanya Lebih Besar Dari Membunuh" Danny amat memahami perasaan orang yang disakiti. Walaupun kita disakiti. Hidup perlu diteruskan.

Nasihat kawan kepada kawan yang dirindui. Kepada %$#@# Sabar itu sebahagian dari Iman. Senyum-senyum selalu ye. Rindu dengan senyuman manja awak.

Wednesday, May 26, 2010

Hujan yang turun bagaikan Tsunami..


Wahai hujan, mengapa tiba-tiba kau turun seperti Tsunami. Habis segala pakaian ku diterbangkan angin. Ku sangkakan panas di petang hari. Rupanya hujan di petang hari, dimanakan bajuku terbang? dimanakan seluarku terbang? Puas ku mencari, tapi masih tidak ketemuan.

Pasukan sukarelawan, daku perlukan khidmatmu untuk mencari dimanakah hilangnya pakaian ku itu.

Monday, May 24, 2010

Kebahagian Dalam Perpisahan!!!

KEBAHAGIAN DALAM PERPISAHAN

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

Ulasan Lirik Lagu ni...

Danny langsung tak bahagia lepas berpisah dengan dia, sedih sangat-sangat. Kenapa tiada sebarang berita dari dia. Besar sangat ke kesalahan yang Danny lakukan. Sayang, Miss dumn so much..

Danny tahu, lagu ni mesti dia suka, mau tahu kenapa? setiap kali ON YM. Kebahagian dalam perpisahan dekat status dia. Bahagia sangat ke bila sudah berpisah? Dia tu tiada perasaan ke? jahat!!!

Wednesday, May 12, 2010

Goodbye FB..


Pukul 10 malam tadi semuanya berakhir. Account FB dah delete. Puas hati sangat, sekarang dah guna account baru. tahniah kepada mereka yang berjaya Danny Add. Minta maaf kepada mereka yang tidak berjaya. bila buka je akaun baru, ramai juga yang dapat kesan. hampir 50 orang Danny tak approve.

Syarat-syarat yang telah ditetapkan:-

  1. Berperwatakan menarik.
  2. Masih single.
  3. Suka Makan Maggi Tom Yam
  4. Kulit Cerah, Sawo matang, dan Hitam manis.
  5. Warganegara Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia.
  6. Lelaki & Wanita ( Pondan, Tomboy, Bapuk, Maknyah.. Minta maaf.. Danny x layan)
  7. Berumur Diantara 15-30 tahun sahaja. ( Kalau yang muda-muda aku x layan, kalau tua lagi lah... bukan setakat tiada layan.. tapi pikir-pikir lah sendiri.
  8. Fasih bahasa Melayu, English, Filipina, dan Brunei.
  9. Bukan manusia plastik dan hipokrit ( talamdua muka)
  10. Mesti vogue macam....... apa-apa je lah...
Siapa yang rasa diri dia layak untuk di ADD, boleh hantarkan email dekat blog Danny. Ho3..

Sunday, May 9, 2010

Seminggu menghilang kini kembali


Hampir 1 minggu x Update blog, sepanjang 1 minggu ni banyak menghabiskan masa bersama Family. Walaupun blog x aktif.. tapi FB dan YM tetap beroperasi seperti biasa.. ngee... boleh dikatakan 2 hari sekali balik rumah family.. mau tenangkan fikiran. Semua berpunca dari kesilapan sendiri. Segala yang dimiliki hilang secara tiba-tiba... hilang secara serentak..

Pasal dengan Si *#$%^.. aku sangat x boleh terima alasan dia. Aku rasa macam mahu terbang pergi dekat dia kemudian plaster mulut dia.. macam nak tampar manja2.. ketuk sayang.. sepak secara berhemah.. nak tau kenapa? sampai hati dia reject aku secara terhormat. Belum pernah lagi hidup aku di"ReJECT" secara terhormat melainkan aku yang reject orang. sampai hati dia.

Ok.. Fine.. pada mulanya aku x boleh terima dengan alasan bodoh dia. Aku x salahkan dia.. hari ni hari ko.. esok hari aku.. x baik buat orang macam tu.. walau apa alasan yang dia bagi.. aku hormati.. aku tahu dia akan baca blog ni.. aku harap ko boleh maafkan aku... kepada Si. @#$^$ Danny masih boleh terima lagi.. Danny bagi masa lagi buat keputusan.. jangan buat keputusan terburu-buru...

Friday, April 30, 2010

Monyet Bukan Sebarang Monyet!!!

Oh Monyet!!!

Sebenarnya seronok kawan dengan monyet ni, dia faham apa kita cakap.. bila pergi Zoo suka sangat pergi tengok monyet.. comelkan.. dengan mata dia yang macam-macam colour... geram!!! Rasanya best lagi jadi monyet.. x payah nak pikir macam-macam masalah.

Monyet ni lagi best, bahagia sangat-sangat.. aku pon nak bahagia macam ni.. keluarga yang sangat bahagia... yang x tahan tu sampai boleh bawa moto lagi... ooo... aku x kisah orang nak kata apa dekat kita.. yang penting kita betul-betul sayang dekat dia kan..?


Menurut Profesor monyet ni, seseorang yang marah tandanya sayang dekat kita. dia ambil berat sangat dekat kita. lagi dia marah, lagi dia sayang dekat kita. Betul x monyet? betul x? tapi monyet dekat sini sedih.. 100kali mintak maaf.. tapi x dilayan.. sedih lah...

P/s- Lupakan aje benda yang udah lepas.. mulakan hidup baru... buang yang keruh ambil yang jernih. Tidak semua orang dekat dunia sempurna. betul x Prof. monyet..? walaupun istilah monyet digunakan.. banyak maksud yang tersurat dan tersirat yang hendak diluahkan.



Thursday, April 29, 2010

Bad Mood


Geram.. sakit hati... kenapa!!! kenapa dan kenapa? Buat ni x boleh.. buat tu x boleh.. habis tu nak suruh aku buat apa? lebih baik mati dari hidup.. Bila mati tanam dekat kubur.. Then, boleh bersukaria rite?

Masalah!!! masalah.. macam-macam masalah.. kawan-kawan pon satu hal lagi.. selalu buat aku tertekan. Wahai Prof. Dr. En. Pn. #$%^$#@@... tanpa aku siapa lah engkau semua.. aku bayar yuran.. belajar bukan free.. So, jangan nak buat kecoh dalam Class..

Kepada kawan-kawan yang kena marah tadi, kawan-kawan FB yang tidak dilayan.. Kawan2 YM kena maki secara Free.. Ampon dan maaf ye.. hari ni stress sangat..
macam-macam masalah.. Yang Si dia pon satu.. menyepikan diri... tah pergi mana..

Orang lain pon Exam juga.. Tapi x da lah menyepi diri.. macam dah kena sorok kat hantu pulak... geram..geram.... marah ni....

Tuesday, April 27, 2010

Terharu!!!!




Ho3..
Rasa lucu baca blog kawan Danny yang dua orang ni...
lucu sangat-sangat..
nak tahu kenapa... kawan kepada dua orang ni telah ditipu dalam skim gores dan menang...
Tapi x tahu lah siapa yang kena tipu..

sama ada si "S" "H" atau "F"

sebab cerita mereka masih samar-samar lagi...

untuk maklumat lanjut:-