Monday, August 16, 2010

Kejap ada kejap tak ada


Hello.. Dalam diam tidak diam.. Udah hari ke 6 berpuasa. Sudah turun 3kg berat badan saya. Ok lah, selepas berbuka saya sempat buka blog rakan rakan. Saya tertarik dengan blog yang menjadi pujaan hati. Pada mulanya, saya sangat cemburu dengan Trip $%#$% ^%$&^. Yang ditulis oleh $%##@# dia. Kalau dilihat dari segi penulisannya, memang sesiapa akan cemburu. Sebenarnya saya sangat cemburu. Dengan kemesraan, keriangan dan keakraban dia dengan Si $#%^^&&&.

Tapi, setelah 1 jam lebih. Saya cuba untuk membuka entry tersebut. Saya ingin membaca sekali lagi. Saya suka ayat yang bersahaja yang digunakan oleh dia. Suka dengan cara penulisan yang menarik dan santai dan puaka (bak kata dia) ho3. Tapi malangnya entry tersebut telah dipadam. Muncul pula entry baru. Entry yang pendek. Tapi saya boleh mentafsirkan yang sekarang dia bad mood. Ayoo, apa udah jadi ni?

Saya terus berfikir, kenapa secara tiba-tiba dia mebuang begitu sahaja entry yang agak menarik. Semasa dia sedang online. Saya cuba mengorek sedikit rahsia. Tapi malangnya diam begitu sahaja. Saya yakin, mesti dia sedang menyembukikan sesuatu dari seseorang. Tapi... siapakah dia. Adakah saya? Adakah scandal dia yang ramai tidak terkira?

Saya bukan ingin masuk campur hal rumah tangga dia. Cuma ambil berat jak. Kalau dia terbaca entry ni. Bolehlah berkongsi masalah sama saya. Rindu sama kamu. Miss u damn so much.. :)

No comments: