Tuesday, March 30, 2010

Jangan Jadi Hypocrite

Entry kali ni lebih kepada memberi kesedaran kepada orang yang sangat HYPOCRITE. Danny paling benci orang yang suka mengata kawan-kawan dari belakang. Pandai berpura-pura, depan kita pijak semut x mati, tapi dibelakang kita asyik mengata kita. Orang jenis macam ni tidak boleh dibuat kawan. Kalau dia memerlukan sesuatu, memang manis mulut. gula pon tidak semanis itu.Contohnya, kalau ingin meminjam duit, Kereta, barang-barang berharga, kad kredit dan sebagainya.. macam-macam alasan bagi, kalau tak pernah call tiba-tiba sms dan call bertubi-tubi.. itulah manusia yang hiporkrit, sedangkan dia tidak suka dengan orang tersebut. Agaknya kenapa Danny menulis Entry ini, Danny terharu dengan 3 orang rakan yang mempunyai cerita yang seakan sama di Kampus, dia selalu sahaja dipandang serong oleh rakan-rakan.

Cerita ini benar-benar terjadi, tahun lepas sehinggakan Danny menitiskan air mata apabila mendengar kisah hidup yang dilalui. Pada mulanya dua bersahabat merupakan rakan baik seperti isi dengan kuku, kemana sahaja pergi mesti bersama. namun hampir beberapa bulan "A" merasa kurang selesa, dia buat keputusan untuk menjauhkan diri dari "B" dengan pelbagai cara. Cara pertama dia berubah secara drastic, bila B melihat perubahan A dia terasa amat pelik sekali. Apa tidaknya B terlalu mengambil berat tentang A. Udah seperti pasangan suami isteri lah pulak. Tapi A tidak selesa dengan cara tersebut, sehinggakan mereka tidak mengenali dunia luar, apabila balik dari kuliah terus terperap dalam bilik bersama-sama. sehingga rakan-rakan lain tidak dipedulikan.

Akhirnya persahabatan mereka mula retak, mereka tidak bertegur sapa. memang tidak dinafikan punca hubungan retak disebabkan oleh A, A mempunyai macam-macam alasan mengapa dia berbuat demikian. Namun, A tidak pernah menyimpan dendam terhadap B. dia masih lagi boleh menerima B. Namun, pada hakikatnya B masih menyimpan dendam dengan A. walaupun hubungan mereka sudah kembali pulih. Namun, secara diam-diam B ingin membalas dendam terhadap A. Salah satu cara B membalas dendam dengan cara menceritakan keburukan A kepada rakan-rakannya. B cuba membuat cerita palsu. Setiap apa yang dilakukan oleh A mesti dipandang serong oleh A.

Pada suatu hari B mendapat tahu A berkawan dengan golongan kelas atasan dan manusia yang High Class, rasa cemburu B semakin hari semakin memuncak. B cuba membuat fitnah terhada A. B cuba sebarkan dalam halaman sosial dan sebagainya untuk mengaibkan rakan tersebut. B membuat kenyataan A ditanggung oleh golongan Class atasan, ditaja dari atas hingga bawah, memakai barangan yang mewah dan sebagainya. Pada hakikatnya, A tidak pernah meminta-minta.Sebenarnya A bukanya dari golongan bawahan, keluarga A mampu untuk memberikan kekayaan dan kemewahan kepada A. Peruntukan perbelanjaan untuk Shopping, makan dan belanja harian diberikan kepada A oleh keluarganya. Tidak hairanlah keluarga A sering menghabiskan duit untuk bercuti di Luar negara berbulan-bulan. Untuk sekali percutian keluarga A menghabiskan lebih kurang $100,000.00.

Namun, B tidak senang dengan kemewahan yang dimiliki oleh A. Dia mengatakan A mendapat duit dengan cara menjual diri, ditaja oleh golongan atasan dan sebagainya. Rakan-rakan A dari luar negara juga turut menjadi mangsa kepada perbutan B tersebut. Walauapapun yang terjadi, A memang berada di pihak yang benar. Kenapa B terlalu sakit hati dengan A. Apa kesalahan yang dilakukan oleh A. Jika B ingin menjadi seperti A, pastikan kita cermin dahulu muka dekat cermin. Wajarkah kita perlu disayangi oleh orang lain sedangkan kita sendiri terlalu zalim kepada rakan kita sendiri.

Danny tidak hairan mengapa A begitu disayangi oleh rakan-rakan, pensyarah, ibu bapa dan semua orang didunia ini. Jawapan dia amat mudah, A seorang yang baik hati, bukan jenis pisau cukur, bukan seorang gigolo class atasan, seorang yang memahami diri orang lain. Kepada B, Pintu untuk anda bertaubat masih terbuka lagi. Danny harap jangan lah kita berdendam diantara satu sama lain. Masih sempat lagi anda meminta maaf di atas fitnah yang anda lakukan kepada orang yang tidak berdosa. Sesungguhnya yang baik itu datang dari-NYA, yang lemah itu dari kelemahan kita sendiri.

No comments: