Friday, March 12, 2010

Rindu...

Kenapa kita sering sahaja merindui seseorang, setiap hari mesti teringat dengan senyuman, tangisan, suara,wajah cute dan segala-galanya. Tiba-tiba sahaja Daniel teringat dengan seseorang yang sering membantu Daniel dalam kesusahan, kesenangan.. bukan sekadar masalah peribadi. Tetapi semua masalah Daniel sanggup ceritakan kepada dia kerana dia terlau pandai menyimpan rahsia dan juga berahsia, banyak cerita dan masalah dia, yang dia ceritakan pada Daniel.

Walaupun kami berjauhan, namun kami tidak pernah terputus perhubungan, Tidak kira dengan apa cara sekalipun. SMS, Call, Laman Sosial, MMS, YM, Chat Cam. inilah teknologi yang telah memberikan senyuman kepada Daniel setiap hari.. Orang yang Daniel Maksudkan adalah abang Angkat Daniel. Seorang yang lucu, peramah, periang, dan macam lagi lah. Setakat ini daniel tidak akan dedahkan siapakah orangnya.

Blog ini wujud disebabkan oleh dia juga, dia yang banyak meberi tunjuk ajar kepada Daniel. Hari ini genap 1 tahun 2 minggu kenal dengan dia. Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana kami boleh menjadi sahabat. jawapannya mudah sahaja, YM lah yang telah menemukan kami. Ketika itu, kami join Room.. selepas itu, teruslah jadi sahabat.. sehinnga hari ini kami masih lagi berhubung.. terima kasih ye abang yang sudi melayan kerenaH dANIEL Yang Noty ni.. cukup sampai di sini dahulu.. jumpa lain kali ya.. daaaa...

No comments: