Sunday, November 7, 2010

Akhirnya


Assalamualaikum

Wow, akhirnya dapat juga saya update untuk entry terbaru. Kalau anda ingin tahu, saya sangat busy menulis thesis akhir-akhir ini. Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Thesis pon sudah siap dijilid. Serta sudah dihantar kepada pensyarah penilai. Rasanya hampir 2 bulan saya menyepikan diri. Cuma sekali sekala sahaja baca blog kegemaran dan mengomen apa yang patut.

Memandang saya semester akhir untuk program Master (Finance Managements). Saya dah boleh menarik nafas lega. Saya tiada final exam. Semua paper yang saya ambil 100% thesis. Memang boleh gila, memang boleh sakit hati bila research yang kita buat tidak dapat kerjasama dari orang yang kita harapkan.

Baiklah, sebenarnya saya ada berita gembira kepada anda semua. Kalau anda ingin tahu. My dad & My Mum belikan hadiah kepada saya. Sangat terharu dengan mereka. Hadiah saya tamat habiskan master. Mesti anda nak tengok kan? Hahaha.. Ini dia, saya dapat GF baru. Seronoknya.




Terima kasih kepada mereka yang hadiahkan GF Lamborghini dekat saya. Lepas ni boleh bawa gi Opis papa naik kereta baru. Kalau anda ingin tahu, bulan 12 ni. Saya dah mula kerja dengan My Dad. Jadi CEO? Hahaha.. Kerja biasa-biasa jak. Sesuai dengan kelulusan yang saya ada.Tapi gaji memang lumayan. Sila jangan tanya My dad buka syarikat apa.Hik3. Biar saya sorang jak yang tahu.

Apa-apa pon kereta lama saya masih lagi digunakan. Sayang dekat BF Honda tu. Mesti dia merajuk sama saya. Apa tidaknya, semenjak dua ni, saya asyik bawa GF baru jer.

~Sedang Menunggu kedatangan someone dari Malaysia, untuk bersama-sama merasmikan kereta baru. Untuk pengetahuan dia, saya masih sayang dan cinta sama dia. Kenapa perlu menjauhkan diri dari saya? Why? Tolong jangan hipokrit, tolong jangan buat saya ternanti-nanti, plzz.. ~

No comments: